Tingkatkan Traffic Dengan Kepantasan Website
Tingkatkan Kepantasan Website Untuk Memudahkan Pengguna Akses Ke Dalam Website
Memiliki website yang responsif dan cepat akan meningkatkan kemudahan akses pengunjung website sekaligus meningkatkan kewujudan website di carian Google. Berdasarkan kajian, 1 dari 2 pengunjung website akan meninggalkan website jika tidak terbuka dalam 6 saat.
Salah satu cara untuk mendapatkan website yang cepat dan responsif adalah dengan meningkatkan kualiti kandungan dalam website. Antara cara terbaik adalah melakukan compress pada gambar untuk mengurangkan saiz gambar supaya tidak menggunakan data yang besar. Semakin kecil sesuatu saiz gambar, semakin cepat load untuk website. Dengan ini audience tidak perlu menunggu lama. Sama juga video, perlu dilakukan perkara yang sama.
Selain itu, laman web dapat dicepatkan dengan menggunakan web hosting yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik. Pemilihan hosting perlu dilakukan dengan baik dengan menitikberatkan saiz storage, RAM, jenis hardisk dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis spesifikasi yang memainkan peranan dalam memastikan kepantasan sesuatu website. Sama juga seperti komputer, anda perlu memasang hardware yang lebih canggih untuk mendapatkan kepantasan komputer yang lebih baik.
Lokasi hosting juga memainkan peranan dalam kelajuan akses kerana jarak yang berbeza. Jika anda mempunyai target audience untuk pelanggan di Malaysia sahaja, lebih baik anda mendapatkan hosting yang bertapak di Malaysia kerana lokasi yang lebih dekat dan mampu meningkatkan kepantasan load untuk server.
Perlukan cadangan untuk tingkatkan kelajuan website anda? Layari https://cutecatdigital.com atau whatsapp kami https://wa.me/601126002945 untuk pertanyaan lanjut

